Monday 18 July 2011

Susah Sangat ke?


Cuba kita koreksi diri kita untuk seketika..

Agaknya, berapa ramai di antara kita yang berjaya mengekalkan elemen positif di dalam diri mereka? Dan berapa ramai pula yang dah menanam dan memperkembang lagi elemen itu di dalam diri masing2? Dan berapa ramai pula yang melakukan perkara yang sebaliknya?

Untuk perempuan, wanita, berapa ramai antara anda semua ni berjaya mengekalkan imej menutup aurat itu pada diri anda? Rasanya, lepas keluar sekolah, masing2 cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, almaklumlah tudung labuh ni bukan sesuai kalau nak di bawak sukan (sekadar menyebut satu contoh). Takpelah, janji tudung, walaupun kadang2 tak sesuai pulak tudung yang labuh itu semasa di sekolah, dah jadi pendek sikit sewaktu bekerja.

Berapa ramai pula yang berjaya mengekalkan imej wanita solehah yang menjaga batas pergaulan mereka? Makin susah bukan nak carik pasangan untuk mendirikan rumah tangga. Ini yang aku rasa. Ada tu ada, tapi.. Entahlah.

Kalau dulu, disekolah, punyalah rajin datang awal surau, kalau buleh duduk saf paling depan. Sampaikan berebut2 nak laungkan azan. Berebut nak jadik imam baca yasin pun ada. Itu dulu, zaman sekolah. Zaman bila dah mengenal erti game online, waktu solat dah beredar sejam yang lalu baru teringat dan sanggup mengatakan: "solat dulu, kang baru sambung main."

Pendek kata, tak semua mampu untuk mengekalkan apa yang telah dibina untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Ada yang berubah disebabkan persekitaran, ada yang terpaksa berubah, dan ada yang memang sengaja berubah. Kononnya dah besar panjang. Dah pandai menjaga diri. Babi, celaka (sekadar menyebut beberapa carutan) dah tak lekang dari bibir masing2 seharian, mengalahkan amaun kalimah istighfar dan zikir bulanan.

Sukar sebenarnya untuk mengekalkan apa yang kita cuba usahakan. Istiqamah, tak semua mampu untuk mengekalkan momentum itu. Ada yang semangat di awal2 permulaan, terkandas akhirnya di pertengahan jalan. Ada yang semangat press minyak di lampu isyarat, namun di tengah2 jalan bawak macam kura2.

Namun, bawak macam kura2 tu kiranya sebagai cuba konsistenkan kelajuan. 60km/j sebagai contoh. Berapa ramai yang cuba untuk mengekalkan kelajuan agar tidak disaman oleh pak JPJ dan polisi, tapi ada je yang otak rempit, kawasan 110km/j dibantainya 180km/j. Mereka itu tidak sabar, bila sampai surat saman, menyumpah seranah kembali "perbuatan" mereka yang suka bawak laju tu.

Ok, kita ambil konteks laju kura2 tadi. Walaupun kura2 kita tau memang lembab nak mati, namun dalam kisah kura2 lawan arnab berlumba lari, kura2 yang lembab ni tadi menang jugak. Walaupun dia dikategorikan sebagai bukan keluarga sprinter, tapi dia tetap meneruskan usahanya untuk sampai ke garisan penamat. Arnab yang kita tau pantas berlari, kalah jugak. Sebab dia semangat pada awal, tapi di tengah2, dia kata: "lepak ar dulu. banyak lagi masa. Kura2 tu kan lembab, mesti lambat sampai punya".

Cuba kita aplikasikan semangat kura2 ni tadi dalam kehidupan kita. Walaupun kita rasa tutup aurat sempurna ni macam payah, orang pandang semacam, takpe, sebab kita memakai sempurna itu untuk ALLAH. Biarlah berat, kerana berat itu akan menjadi kurniaan ALLAH kepada kita di hari pembalasan nanti. Kerana sikap kita untuk memberati diri ini dengan sikap menutup aurat dengan sempurna, kita akan dapat ganjaran yang tinggi di sisi ALLAH. Bukan sekadar wajah yang cantik cun putih melepak di syurga nanti, lebih dari itu pun ada.

Dan anda cuba pula aplikasikan analogi ini dalam kehidupan anda seharian. Susah ke senang nak mengikut hukum ALLAH ni. Kalau kita dah biasa dengan kesusahan, kita akan merasa itu senang di hari lain.

Susah sebenarnya nak kekalkan benda yang baik, lantaran di sekeliling kita ni banyak sangat dugaan. Tapi, tu lah. Jalan ke syurga tu bukannya mudah.. Jangan ingat nak senang2 je di dunia ni.

No comments:

Post a Comment