Friday 15 July 2011

Isra' dan Mikraj: Adakah Kita di Landasan yang sewajarnya?

Baru2 ni, Isra' dan Mikraj. Kalau ada sesiapa yang tak tahu langsung pasal kisah sejarah ni, sila ngaku terang2. Malu sikit dengan budak kecik yang dah tau pasal ni sejak sekolah lagi.

Apa yang aku dapat refresh kembali daripada ceramah yang disampaikan, ternyata hidup kita ni adalah versi Isra' dan Mikraj yang panjang. Versi pendeknya adalah apa yang telah tercatat dalam sejarah. Kita semua ni sedang melalui versi yang terpanjang.

Bende yang sama, Nabi Muhammad s.a.w berjalan menuju ke arah ALLAH s.w.t. Kita pun sama jugak, hidup ni tak lain tak bukan adalah menuju ke arah ALLAH Taala. Takde yang berbeza. Cumanya, baginda bertemu ALLAH dalam keadaan baginda masih lagi bernyawa. Kita ni di padang Mahsyar nanti baru bertemu secara face to face dengan ALLAH.

Dan lagi, bak kata Ustaz Fuad (penceramah malam tadi), dalam kita nak menuju kepada ALLAH ni, hati kompem2 kena suci. Amalan. Akhlak. Dan sebagainya. Macam kita nak berdating la jugak. Pekena pakaian yang mahal. Nampak bergaya. Pakai minyak wangi sebotol RM20.00 untuk 5 mililiter. Pastu bawak pulak Satria Neo R3. Pergh. Dunia dunia.

Dalam kita lepas ni nak menghadap ALLAH, sedarkah kita yang kita ni seakan2 tak layak langsung untuk berdepan denganNYA. Dengan cara hidup yang serba tak kena. Bab solat dipermudah2kan. Macam solat tu tak penting lak berbanding game. Besar sangat ke pahala game tu kalau nak banding menghadap ALLAH dengan pahala 27 kali ganda? Tak kan?

No offence. Aku cume quote balik apa kata2 ustaz tu, dan paraphrase balik. Sesuai dengan keadaan aku sekarang sebagai seorang yang masih menuntut ilmu. Nak terasa dipersilakan. Bulan puasa tak lama lagi. Takkan nak teruskan amalan2 anda melewat2kan solat tu di bulan yang mulia itu nanti? Pahala banyak tu, jangan dipersiakan.

Satu lagi. Yang ni memang menusuk kalbu sungguh. Kalau ada sape2 yang tak terasa tu, memang nampak sangat la mereka ni dalam kumpulan yang mana. Anda yang mana satu? Kumpulan Abu Jahal? Kumpulan Abu Bakar As-Siddiq? Ataupun golongan yang banyak songeh? Soalannya ialah, apa tindakan anda apabila ALLAH memerintahkan sesuatu hukum yang termaktub di dalam Al-Quran?

Adakah anda perangai macam Tan Sri Abu Jahal? Menentang tanpa banyak soal. Adakah anda mempunyai DNA Saudara Abu Bakar As-Siddiq? Menerima tanpa banyak soal. Ataupun anda ni sama macam sesetengah penduduk Mekah? Banyak tanya, golongan di atas pagar. Kalau tak percaya, terus murtad dan sebagainya. Jangan la jadik macam tu kan. Menerima setengah2, menolak setengah2.

Lagi sekali, no offence. Aku pun dah terasa banyak bila mana aku mendengar ayat2 macam tu. Insaf sekejap. Biasalah, aku ni insan yang tak sempurna. Insaf tang2 tu je. Bila start motor, lupa dah apa yang diperkatakan tadi. Jadi, tulisan ni sekadar ingat mengingati bila mana aku terlupa. Dan juga peringatan buat mereka2 yang sering terlupa.

No comments:

Post a Comment