Wednesday 10 August 2011

Bubur Nasihat di Kala Ramadhan

Apa kaitan bubur pulak nih?

Ia berkaitan dengan kita. Adakah kita ni layak untuk memberi nasihat, dan menerima nasihat. Menerima nasihat tu dah tentu2 layak, sebab kita ni kadang kala alpa, selalu jugak lupakan kacang (eh, silap, lupakan peraturan). Even seorang sultan juga perlu menerima nasihat daripada rakyat jelata kalau dia dok joli2 bawak kereta mewah sedangkan rakyat bawahan merana terkial2 nak bayar RON97. Aku sekadar menganalogikan dan sekadar menyatakan bahawa manusia ni semua sama level. Aku tak suka sebenarnya ada pangkat2 jua darjat nih.

Apabila kita melakukan kesalahan, dan orang lain merasakan yang dia bertanggungjawab untuk menegur kita, maka kita apabila ditegur, terima dengan hati terbuka. Tak kira atau tak kisahlah orang tu lagi jahat dari kita ke, sama2 buat jahat ke dan sebagainya. Selagi ada ruang untuk menegur, tegur. Kalau tak secara direct, indirect pun takpe. Mungkin kawan dia baca kat mana2 ke, pastu cerita belakang bagitau kawan tu, tegur dia.

Pernah dengar ceramah Ustaz Azhar, lebih kurang macam ni la maksud dia. Walaupun kita ni sedang melakukan maksiat, dan kita nampak orang lain melakukan maksiat, kita wajib menegur perbuatan orang yang melakukan maksiat itu. Dan ada pepatah mengatakan, lihatlah pada isi kandungan teguran itu, bukan pada orang yang menegur. Sebab sekarang ni orang tak pandang pada isi teguran, dia pandang serong pada orang yang menegur. Terbalik la sangat..

Orang bagi teguran tu, kita cuba pikir dan renungkan, daripada ramai2 kawan kita dalam talian (fesbuk, blog dan sebagainya), ada jugak sorang dua yang tergerak hatinya untuk menegur anda (walaupun mungkin dalam bentuk gurauan). Ada manusia yang niat nak menegur, tapi tak tau nak taip ape. Ada yang dah menegur, tapi mulutnya lancang bukan main. Tak kisah la apa jua medium si penegur tu, yang penting, terimalah dengan hati terbuka. Menerima nasihat je pun, bukan menerima maut.

Ada tu pulak langsung bisu, bila post benda2 lagha suka pulak like2.

Kita ni kena beringat, bukan sepanjang masa je kita kena tumpukan perhatian pada duniawi, amal ibadah pun kena seiring dan sejalan. Walaupun tak banyak, tapi at least kira baik daripada buat sekali harung dan kemudian rasa bosan dan tak nak buat lagi.

Dan satu lagi, perihal amal ibadah tu, ianya bukan sekadar kita dengan ALLAH semata2. Kalau buleh, kita peringatkan sesama rakan2 kan baik? Bagus untuk bekalan akhirat nanti. Ada pahala untuk kita memperingatkan kawan2, dan kalau kawan2 tu jenis balas budi, dia akan doakan anda dapat bidadari yang cantik2 cun2 belaka dalam syurga nanti. Amacam? Takkan awek cun dalam syurga korang takmo bukan? Awek dunia ni apa ada..

Tapi tu lah, hati manusia kadang2 bila ada yang menegur ni, pagar ego dia akan membentengi diri daripada menerima terus nasihat2 macam tu. Ibarat seorang PM yang takmo dengar nasihat Adun Joseh Tongah. Seakan2 dalam hatinya tidak menerima orang lain menegur dia, apatah lagi dalam blog, fesbuk (komen dalam status harian), dan sebagainya. Mungkin lah malu kot orang tegur.

Analogi macam ni la, anda duduk dalam satu syarikat. Dan anda pulak memang dah buang tabiat agaknya, pi bantai buat kerja sambil lewa, lepas tu kena maki hamun oleh bos anda di khalayak ramai seperti perhimpunan pagilah katakan. Anda malu tak? Ok la, bos anda tak maki hamun, tapi nasihat secara halus dan baik2. Itu pun anda dah rasa malu, tebal muka bukan? Rasa macam nak pi sumbat mulut bos anda dengan cili merah. Kalau aku pun sama, telinga rasa berdesing je. Sampai ada niat nak bunuh diri pun ada.

Tapi kalau kita bersikap tenang, relax, menganggap teguran itu adalah salah satu pembaikan untuk diri sendiri, kan bagus. Tak perlu lah nak menerbitkan status2 kontroversi, sampaikan sahabat aku yang sama2 baca status terbabit pun tergelak, seraya bercakap, "ala relax la beb. bende camni pun nak amek serius.." Sama2 tazkirah diri dan orang lainlah kan, nak2 bulan Ramadhan ni, kalau setiap saat tanpa ibadah, seakan2 membazir la pulak kan.

Terima dengan baik, jadikan ia sebagai satu pendorong. Jadikan ia sebagai satu kurniaan ALLAH kepada anda kerana anda diperingatkan saat anda alpa dan lalai terhadapNYA. Tak ramai yang sedar mereka sedang lupa dan alpa. Wujud satu dua teguran ni, sebagai tanda kasih sayang ALLAH pada anda.

Baru tegur dah berdesing telinga macam cacing kepanasan. Tarak syok woo.. Ini baru manusia yang menegur, agaknya macam mana la kalau ALLAH bagi khidmat pesanan dan teguran kepada manusia secara direct, tiap2 hari 24 jam. Amacam? Takut? Hukum2 dalam Quran pun anda dah berani langgar hari2. Mempertikaikan ia secara terang2an. Hebat sangat lah tu..

Jadinya, sama2 kita sedar, dan nasihatkan diri sendiri dan orang lain. Kau dapat ganjaran, aku pun dapat menumpang sekali. Kan elok tu. Siapa tak nak pahala kat sini sila angkat kaki..

No comments:

Post a Comment