Monday 18 July 2011

Syukur: Sekadar Ucapan atau Perlakuan?

Layan lagu Altimet jap.

Ok, tadi baru je balik dari menghadiri kuliah maghrib mingguan di tempat penulis. Tajuk kuliah minggu ni, "Sifat2 Mahmudah" yang mana sebahagiannya telah diterangkan oleh penceramah dua minggu lepas.. Penulis terlepas..

Minggu ni punya ceramah, memang sambungan dari dua minggu lepas. Tapi malangnya, penulis malas nak bawak buku, jadi, segala apa isi ceramah memang tak teringat dalam kepala otak. Ingat pun satu je part yang ada, yakni syukur.

Erti syukur tu, buleh lah carik sendiri. Jawapan bebas. Tak kira apa jua pengertiannya, syukur itu kita buleh analogikan macam ni: bos anda memberikan sebuah Satria Neo CPS warna merah, dan dia suruh anda gunakan dengan sebaiknya. Kalau anda gunakan dengan cara berlumba yang betul, maka anda akan diberi pulak Satria Neo R3 Supercharger Edition.

Ertinya, kita menggunakan nikmat yang diberi oleh ALLAH itu dengan sebaiknya, tanpa menyelitkan sedikit pun unsur2 maksiat/kafir/sesat di dalam usaha kita mengoptimasikan penggunaan nikmat itu. Sebagai contoh la kan, contoh paling common di masyarakat.

Nikmat kecantikan di kalangan wanita. Siapa tak suka mempunyai bentuk tubuh paras yang menawan, yang bakal memikat hati bakal suami, kaki perempuan, kaki kasanova dan juga perogol2 bersiri jalanan. Semua orang nak. Hatta yang bertubuh XXXL pun inginkan tubuh yang ramping macam kerengga. Namun~ (tiru gaya Abang Mamat Khalid)

Namun, berapa ramai yang menutup aurat mereka dan hanya menyediakan aurat itu untuk suami mereka sebagai tanda syukur mereka dikurniakan kecantikan tubuh badan itu? Majoriti, yang mendedahkannya kepada lelaki bukan mahram. Lelaki pun jenis tak kisah, dibiarkanlah segala cleavage dan haruman yang jauhnya 4.4 batu nautika buleh dihidu dipakai oleh isteri mereka.

Lihat. Itu baru perkara kecantikan. Kita pulak. Panca indera yang dikurniakan selama ni, adakah kita gunakan ke arah yang sepatutnya, ataupun kita gunakan untuk memikat perempuan2 jalanan, kemudian main2 kenyit2 mata, dari mata turun ke hati, dari hati bawa ke hotel. Huh, apa ke benda tu? Dah masuk dalam kategori salah guna kuasa.

Jadi, adakah selama ni kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan? Ataupun selama ni kita menjadi pewaris Tan Sri Abu Jahal P.J.K (penderhaka jenis kentang) yang sengaja menutup mata apabila menyedari diri sendiri melakukan dosa2 seperti itu?

Kita ada kamera. Baguslah, kamera tu gunanya untuk tangkap gambar. Ada satu persoalan. Berapa ramai pula yang menjebakkan diri ke arah menembak gambar model2 yang kemudiannya post di fesbuk, ramai yang memuji kecantikan awek yang bertudung tapi pakai ketat, dan juga tiada bertudung tapi ketat dikekalkan. Bukankah dengan hanya mengeposkan gambar itu di dalam internet, kita kira bersubahat sekali menyebarkan gambar2 sedemikian, walaupun kita ni ada bakat mengambil gambar2 awek posing gaya cipan?

Sorilah. Penulis cakap secara direct sahaja. Hidup kita bukan sekadar ucap Alhamdulillah kalau dah kenyang, dapat result cemerlang Anugerah Dean, 4 plet, dan sebagainya. Malah lebih dari itu.

p/s: Tulisan ini sekadar peringatan sahaja, buat diri manusia yang sering lupa. Penceramah tadi bagi ulasan pendek je, tapi penulis sengaja buat ulasan panjang2. Dah gian lama tak menulis panjang2.

No comments:

Post a Comment