Wednesday 10 August 2011

Bubur Nasihat di Kala Ramadhan

Apa kaitan bubur pulak nih?

Ia berkaitan dengan kita. Adakah kita ni layak untuk memberi nasihat, dan menerima nasihat. Menerima nasihat tu dah tentu2 layak, sebab kita ni kadang kala alpa, selalu jugak lupakan kacang (eh, silap, lupakan peraturan). Even seorang sultan juga perlu menerima nasihat daripada rakyat jelata kalau dia dok joli2 bawak kereta mewah sedangkan rakyat bawahan merana terkial2 nak bayar RON97. Aku sekadar menganalogikan dan sekadar menyatakan bahawa manusia ni semua sama level. Aku tak suka sebenarnya ada pangkat2 jua darjat nih.

Apabila kita melakukan kesalahan, dan orang lain merasakan yang dia bertanggungjawab untuk menegur kita, maka kita apabila ditegur, terima dengan hati terbuka. Tak kira atau tak kisahlah orang tu lagi jahat dari kita ke, sama2 buat jahat ke dan sebagainya. Selagi ada ruang untuk menegur, tegur. Kalau tak secara direct, indirect pun takpe. Mungkin kawan dia baca kat mana2 ke, pastu cerita belakang bagitau kawan tu, tegur dia.

Pernah dengar ceramah Ustaz Azhar, lebih kurang macam ni la maksud dia. Walaupun kita ni sedang melakukan maksiat, dan kita nampak orang lain melakukan maksiat, kita wajib menegur perbuatan orang yang melakukan maksiat itu. Dan ada pepatah mengatakan, lihatlah pada isi kandungan teguran itu, bukan pada orang yang menegur. Sebab sekarang ni orang tak pandang pada isi teguran, dia pandang serong pada orang yang menegur. Terbalik la sangat..

Orang bagi teguran tu, kita cuba pikir dan renungkan, daripada ramai2 kawan kita dalam talian (fesbuk, blog dan sebagainya), ada jugak sorang dua yang tergerak hatinya untuk menegur anda (walaupun mungkin dalam bentuk gurauan). Ada manusia yang niat nak menegur, tapi tak tau nak taip ape. Ada yang dah menegur, tapi mulutnya lancang bukan main. Tak kisah la apa jua medium si penegur tu, yang penting, terimalah dengan hati terbuka. Menerima nasihat je pun, bukan menerima maut.

Ada tu pulak langsung bisu, bila post benda2 lagha suka pulak like2.

Kita ni kena beringat, bukan sepanjang masa je kita kena tumpukan perhatian pada duniawi, amal ibadah pun kena seiring dan sejalan. Walaupun tak banyak, tapi at least kira baik daripada buat sekali harung dan kemudian rasa bosan dan tak nak buat lagi.

Dan satu lagi, perihal amal ibadah tu, ianya bukan sekadar kita dengan ALLAH semata2. Kalau buleh, kita peringatkan sesama rakan2 kan baik? Bagus untuk bekalan akhirat nanti. Ada pahala untuk kita memperingatkan kawan2, dan kalau kawan2 tu jenis balas budi, dia akan doakan anda dapat bidadari yang cantik2 cun2 belaka dalam syurga nanti. Amacam? Takkan awek cun dalam syurga korang takmo bukan? Awek dunia ni apa ada..

Tapi tu lah, hati manusia kadang2 bila ada yang menegur ni, pagar ego dia akan membentengi diri daripada menerima terus nasihat2 macam tu. Ibarat seorang PM yang takmo dengar nasihat Adun Joseh Tongah. Seakan2 dalam hatinya tidak menerima orang lain menegur dia, apatah lagi dalam blog, fesbuk (komen dalam status harian), dan sebagainya. Mungkin lah malu kot orang tegur.

Analogi macam ni la, anda duduk dalam satu syarikat. Dan anda pulak memang dah buang tabiat agaknya, pi bantai buat kerja sambil lewa, lepas tu kena maki hamun oleh bos anda di khalayak ramai seperti perhimpunan pagilah katakan. Anda malu tak? Ok la, bos anda tak maki hamun, tapi nasihat secara halus dan baik2. Itu pun anda dah rasa malu, tebal muka bukan? Rasa macam nak pi sumbat mulut bos anda dengan cili merah. Kalau aku pun sama, telinga rasa berdesing je. Sampai ada niat nak bunuh diri pun ada.

Tapi kalau kita bersikap tenang, relax, menganggap teguran itu adalah salah satu pembaikan untuk diri sendiri, kan bagus. Tak perlu lah nak menerbitkan status2 kontroversi, sampaikan sahabat aku yang sama2 baca status terbabit pun tergelak, seraya bercakap, "ala relax la beb. bende camni pun nak amek serius.." Sama2 tazkirah diri dan orang lainlah kan, nak2 bulan Ramadhan ni, kalau setiap saat tanpa ibadah, seakan2 membazir la pulak kan.

Terima dengan baik, jadikan ia sebagai satu pendorong. Jadikan ia sebagai satu kurniaan ALLAH kepada anda kerana anda diperingatkan saat anda alpa dan lalai terhadapNYA. Tak ramai yang sedar mereka sedang lupa dan alpa. Wujud satu dua teguran ni, sebagai tanda kasih sayang ALLAH pada anda.

Baru tegur dah berdesing telinga macam cacing kepanasan. Tarak syok woo.. Ini baru manusia yang menegur, agaknya macam mana la kalau ALLAH bagi khidmat pesanan dan teguran kepada manusia secara direct, tiap2 hari 24 jam. Amacam? Takut? Hukum2 dalam Quran pun anda dah berani langgar hari2. Mempertikaikan ia secara terang2an. Hebat sangat lah tu..

Jadinya, sama2 kita sedar, dan nasihatkan diri sendiri dan orang lain. Kau dapat ganjaran, aku pun dapat menumpang sekali. Kan elok tu. Siapa tak nak pahala kat sini sila angkat kaki..

Monday 18 July 2011

Susah Sangat ke?


Cuba kita koreksi diri kita untuk seketika..

Agaknya, berapa ramai di antara kita yang berjaya mengekalkan elemen positif di dalam diri mereka? Dan berapa ramai pula yang dah menanam dan memperkembang lagi elemen itu di dalam diri masing2? Dan berapa ramai pula yang melakukan perkara yang sebaliknya?

Untuk perempuan, wanita, berapa ramai antara anda semua ni berjaya mengekalkan imej menutup aurat itu pada diri anda? Rasanya, lepas keluar sekolah, masing2 cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, almaklumlah tudung labuh ni bukan sesuai kalau nak di bawak sukan (sekadar menyebut satu contoh). Takpelah, janji tudung, walaupun kadang2 tak sesuai pulak tudung yang labuh itu semasa di sekolah, dah jadi pendek sikit sewaktu bekerja.

Berapa ramai pula yang berjaya mengekalkan imej wanita solehah yang menjaga batas pergaulan mereka? Makin susah bukan nak carik pasangan untuk mendirikan rumah tangga. Ini yang aku rasa. Ada tu ada, tapi.. Entahlah.

Kalau dulu, disekolah, punyalah rajin datang awal surau, kalau buleh duduk saf paling depan. Sampaikan berebut2 nak laungkan azan. Berebut nak jadik imam baca yasin pun ada. Itu dulu, zaman sekolah. Zaman bila dah mengenal erti game online, waktu solat dah beredar sejam yang lalu baru teringat dan sanggup mengatakan: "solat dulu, kang baru sambung main."

Pendek kata, tak semua mampu untuk mengekalkan apa yang telah dibina untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Ada yang berubah disebabkan persekitaran, ada yang terpaksa berubah, dan ada yang memang sengaja berubah. Kononnya dah besar panjang. Dah pandai menjaga diri. Babi, celaka (sekadar menyebut beberapa carutan) dah tak lekang dari bibir masing2 seharian, mengalahkan amaun kalimah istighfar dan zikir bulanan.

Sukar sebenarnya untuk mengekalkan apa yang kita cuba usahakan. Istiqamah, tak semua mampu untuk mengekalkan momentum itu. Ada yang semangat di awal2 permulaan, terkandas akhirnya di pertengahan jalan. Ada yang semangat press minyak di lampu isyarat, namun di tengah2 jalan bawak macam kura2.

Namun, bawak macam kura2 tu kiranya sebagai cuba konsistenkan kelajuan. 60km/j sebagai contoh. Berapa ramai yang cuba untuk mengekalkan kelajuan agar tidak disaman oleh pak JPJ dan polisi, tapi ada je yang otak rempit, kawasan 110km/j dibantainya 180km/j. Mereka itu tidak sabar, bila sampai surat saman, menyumpah seranah kembali "perbuatan" mereka yang suka bawak laju tu.

Ok, kita ambil konteks laju kura2 tadi. Walaupun kura2 kita tau memang lembab nak mati, namun dalam kisah kura2 lawan arnab berlumba lari, kura2 yang lembab ni tadi menang jugak. Walaupun dia dikategorikan sebagai bukan keluarga sprinter, tapi dia tetap meneruskan usahanya untuk sampai ke garisan penamat. Arnab yang kita tau pantas berlari, kalah jugak. Sebab dia semangat pada awal, tapi di tengah2, dia kata: "lepak ar dulu. banyak lagi masa. Kura2 tu kan lembab, mesti lambat sampai punya".

Cuba kita aplikasikan semangat kura2 ni tadi dalam kehidupan kita. Walaupun kita rasa tutup aurat sempurna ni macam payah, orang pandang semacam, takpe, sebab kita memakai sempurna itu untuk ALLAH. Biarlah berat, kerana berat itu akan menjadi kurniaan ALLAH kepada kita di hari pembalasan nanti. Kerana sikap kita untuk memberati diri ini dengan sikap menutup aurat dengan sempurna, kita akan dapat ganjaran yang tinggi di sisi ALLAH. Bukan sekadar wajah yang cantik cun putih melepak di syurga nanti, lebih dari itu pun ada.

Dan anda cuba pula aplikasikan analogi ini dalam kehidupan anda seharian. Susah ke senang nak mengikut hukum ALLAH ni. Kalau kita dah biasa dengan kesusahan, kita akan merasa itu senang di hari lain.

Susah sebenarnya nak kekalkan benda yang baik, lantaran di sekeliling kita ni banyak sangat dugaan. Tapi, tu lah. Jalan ke syurga tu bukannya mudah.. Jangan ingat nak senang2 je di dunia ni.

Syukur: Sekadar Ucapan atau Perlakuan?

Layan lagu Altimet jap.

Ok, tadi baru je balik dari menghadiri kuliah maghrib mingguan di tempat penulis. Tajuk kuliah minggu ni, "Sifat2 Mahmudah" yang mana sebahagiannya telah diterangkan oleh penceramah dua minggu lepas.. Penulis terlepas..

Minggu ni punya ceramah, memang sambungan dari dua minggu lepas. Tapi malangnya, penulis malas nak bawak buku, jadi, segala apa isi ceramah memang tak teringat dalam kepala otak. Ingat pun satu je part yang ada, yakni syukur.

Erti syukur tu, buleh lah carik sendiri. Jawapan bebas. Tak kira apa jua pengertiannya, syukur itu kita buleh analogikan macam ni: bos anda memberikan sebuah Satria Neo CPS warna merah, dan dia suruh anda gunakan dengan sebaiknya. Kalau anda gunakan dengan cara berlumba yang betul, maka anda akan diberi pulak Satria Neo R3 Supercharger Edition.

Ertinya, kita menggunakan nikmat yang diberi oleh ALLAH itu dengan sebaiknya, tanpa menyelitkan sedikit pun unsur2 maksiat/kafir/sesat di dalam usaha kita mengoptimasikan penggunaan nikmat itu. Sebagai contoh la kan, contoh paling common di masyarakat.

Nikmat kecantikan di kalangan wanita. Siapa tak suka mempunyai bentuk tubuh paras yang menawan, yang bakal memikat hati bakal suami, kaki perempuan, kaki kasanova dan juga perogol2 bersiri jalanan. Semua orang nak. Hatta yang bertubuh XXXL pun inginkan tubuh yang ramping macam kerengga. Namun~ (tiru gaya Abang Mamat Khalid)

Namun, berapa ramai yang menutup aurat mereka dan hanya menyediakan aurat itu untuk suami mereka sebagai tanda syukur mereka dikurniakan kecantikan tubuh badan itu? Majoriti, yang mendedahkannya kepada lelaki bukan mahram. Lelaki pun jenis tak kisah, dibiarkanlah segala cleavage dan haruman yang jauhnya 4.4 batu nautika buleh dihidu dipakai oleh isteri mereka.

Lihat. Itu baru perkara kecantikan. Kita pulak. Panca indera yang dikurniakan selama ni, adakah kita gunakan ke arah yang sepatutnya, ataupun kita gunakan untuk memikat perempuan2 jalanan, kemudian main2 kenyit2 mata, dari mata turun ke hati, dari hati bawa ke hotel. Huh, apa ke benda tu? Dah masuk dalam kategori salah guna kuasa.

Jadi, adakah selama ni kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan? Ataupun selama ni kita menjadi pewaris Tan Sri Abu Jahal P.J.K (penderhaka jenis kentang) yang sengaja menutup mata apabila menyedari diri sendiri melakukan dosa2 seperti itu?

Kita ada kamera. Baguslah, kamera tu gunanya untuk tangkap gambar. Ada satu persoalan. Berapa ramai pula yang menjebakkan diri ke arah menembak gambar model2 yang kemudiannya post di fesbuk, ramai yang memuji kecantikan awek yang bertudung tapi pakai ketat, dan juga tiada bertudung tapi ketat dikekalkan. Bukankah dengan hanya mengeposkan gambar itu di dalam internet, kita kira bersubahat sekali menyebarkan gambar2 sedemikian, walaupun kita ni ada bakat mengambil gambar2 awek posing gaya cipan?

Sorilah. Penulis cakap secara direct sahaja. Hidup kita bukan sekadar ucap Alhamdulillah kalau dah kenyang, dapat result cemerlang Anugerah Dean, 4 plet, dan sebagainya. Malah lebih dari itu.

p/s: Tulisan ini sekadar peringatan sahaja, buat diri manusia yang sering lupa. Penceramah tadi bagi ulasan pendek je, tapi penulis sengaja buat ulasan panjang2. Dah gian lama tak menulis panjang2.

Apa Peranan Anda?

 Untuk mereka yang bergelar suami, bakal suami, ataupun ayah, bapak pun buleh masuk sekali. Ini ada kaitannya dengan cara anda mendidik isteri dan anak2 anda..

Suatu hari, penulis ada bertanyakan kepada ayah penulis, berkaitan dengan apa tindakan yang bakal di ambil jika anak ayah sendiri tidak menutup aurat.. Jawapan yang penulis terima, indirect. Bukannya jawapan yang diinginkan, tetapi jawapan yang bersifat tanggungjawab.

Kalau dari kecil seseorang perempuan (lelaki pun buleh jugak, ramai je yang tak jaga sangat aurat) dijaga perbatasan aurat, sedari kecil sehinggalah akil baligh, dari segi pergaulan dengan saudara mara dan juga rakan2 sebaya, nescaya tidak akan ada istilah "bertudung bila majlis memerlukan" seperti majlis Isra' Mikraj misalnya.

Menutup aurat, memang perkara ni dah naik boring untuk di sentuh. Bahkan sudah menimbulkan tanda tanya oleh penuntut sebuah istitusi Islam, ya, kononnya Islam, bila ditegur mengenai soal pemakaian yang tidak kena dengan suasana, sudah melenting bagai nak rak.

Cukuplah dengan skema jawapan yang sama sepanjang tahun anda ditegur. Kenapa perlu bersikap ambil setengah buang setengah, sedangkan anda sudah tahu tiang2 Islam itu terbina atas dasar sokong menyokong antara satu sama lain? Apabila tiang2 itu satu sahaja dibina, yang lain dibiarkan tanpa ada tanda2 pembinaan, itu, bagi aku semacam kosong.

Ya, ianya baru sekadar teguran, belum pun perlaksanaan oleh pihak atasan, tapi ramai yang melenting. Melenting atas sebab berpakaian menutup aurat dengan sempurna? Huh. Hebat.

Lupakan sebentar kisah yang berlaku di dalam sebuah institusi pengajian itu. Baru2 ni, penulis berpeluang untuk berjalan2 di sekitar ibu kota, setelah tiada peluang untuk menyertai Demo Bersih 2.0 (tahniah rakyat Malaysia, anda kini berada dalam lipatan sejarah). Tapi, menyelusuri jalan2 di Kuala Lumpur waktu pagi, bukanlah satu perkara yang menyenangkan minda.

Jalan yang jem satu hal. Pemandu2 yang tak siuman pun satu hal jugak. Penunggang yang tak reti nak bagi signal kiri kanan pun macam haram jugak. Namun, apabila seorang lelaki yang masih lagi belum berkahwin, mempunyai nafsu, apabila melihat betis wanita (isteri orang) di pagi2 buta, itu bukan satu permulaan hari yang baik. Itu yang jenis pakai baju kurung, pastu membonceng suami ke kerja. Yang jenis pakai ketat, sampai tali rafia pun nampak apacer?

Suami2, kenalah pandai menjaga isteri..(tiru gaya seorang Ustazah terkenal). Kalau dah pagi2 anda mendedahkan aurat isteri anda kepada orang lain, payah la kan. Orang lain pulak yang berpeluang merasai nikmat yang anda punya. Tak ke rugi tu. Anda beli kereta, Satria Neo Supercharger la katakan, orang banyak duit. Tapi anda bagi orang lain pakai dulu Satria yang mahal itu, sedangkan anda pakai sekali sekala. Demn punya perangai owner.

Bila dapat tau ada orang nak tekel bini anda, tau pulak anda cemburu. Anda tak cemburu apabila aurat isteri anda yang cun melecun, putih melepak betis dan juga peha, halus mulus bak mutiara dinikmati orang lain? Kalau tiada sekelumit pun rasa marah anda, bermakna anda suami bermasalah. Dan kalau anda membenarkan si dia beraksi kencang, bermakna anda suami dua kali lima. Huh.

Galak kali jugak bila penulis menghadirkan diri ke majlis perkahwinan, majlis makan malam anjuran persatuan, dan sebagainya, ada lagi suami yang membenarkan cleavage isterinya dipertontonkan di khalayak ramai. Sedih. Secara tak sedar telah di eksploitasi. Dah la dalam iklan beraksi macam haram, apatah lagi luar.

"Ini berlakon, kalau betul2 aku pun nak.." ayat Khushairi..

Kesimpulannya, untuk para suami, tak terkecuali para pakwe dan para bapa, cuba pikirkan kembali, apa usaha anda supaya insan2 yang anda sayangi ini tidak terdedah aurat mereka walaupun bentuk tubuh badan (almaklumlah, tudung tapi pakai ketat). Adakah anda hanya sekadar pak gad pada nama, tapi tidur di waktu kerja?

Friday 15 July 2011

Isra' dan Mikraj: Adakah Kita di Landasan yang sewajarnya?

Baru2 ni, Isra' dan Mikraj. Kalau ada sesiapa yang tak tahu langsung pasal kisah sejarah ni, sila ngaku terang2. Malu sikit dengan budak kecik yang dah tau pasal ni sejak sekolah lagi.

Apa yang aku dapat refresh kembali daripada ceramah yang disampaikan, ternyata hidup kita ni adalah versi Isra' dan Mikraj yang panjang. Versi pendeknya adalah apa yang telah tercatat dalam sejarah. Kita semua ni sedang melalui versi yang terpanjang.

Bende yang sama, Nabi Muhammad s.a.w berjalan menuju ke arah ALLAH s.w.t. Kita pun sama jugak, hidup ni tak lain tak bukan adalah menuju ke arah ALLAH Taala. Takde yang berbeza. Cumanya, baginda bertemu ALLAH dalam keadaan baginda masih lagi bernyawa. Kita ni di padang Mahsyar nanti baru bertemu secara face to face dengan ALLAH.

Dan lagi, bak kata Ustaz Fuad (penceramah malam tadi), dalam kita nak menuju kepada ALLAH ni, hati kompem2 kena suci. Amalan. Akhlak. Dan sebagainya. Macam kita nak berdating la jugak. Pekena pakaian yang mahal. Nampak bergaya. Pakai minyak wangi sebotol RM20.00 untuk 5 mililiter. Pastu bawak pulak Satria Neo R3. Pergh. Dunia dunia.

Dalam kita lepas ni nak menghadap ALLAH, sedarkah kita yang kita ni seakan2 tak layak langsung untuk berdepan denganNYA. Dengan cara hidup yang serba tak kena. Bab solat dipermudah2kan. Macam solat tu tak penting lak berbanding game. Besar sangat ke pahala game tu kalau nak banding menghadap ALLAH dengan pahala 27 kali ganda? Tak kan?

No offence. Aku cume quote balik apa kata2 ustaz tu, dan paraphrase balik. Sesuai dengan keadaan aku sekarang sebagai seorang yang masih menuntut ilmu. Nak terasa dipersilakan. Bulan puasa tak lama lagi. Takkan nak teruskan amalan2 anda melewat2kan solat tu di bulan yang mulia itu nanti? Pahala banyak tu, jangan dipersiakan.

Satu lagi. Yang ni memang menusuk kalbu sungguh. Kalau ada sape2 yang tak terasa tu, memang nampak sangat la mereka ni dalam kumpulan yang mana. Anda yang mana satu? Kumpulan Abu Jahal? Kumpulan Abu Bakar As-Siddiq? Ataupun golongan yang banyak songeh? Soalannya ialah, apa tindakan anda apabila ALLAH memerintahkan sesuatu hukum yang termaktub di dalam Al-Quran?

Adakah anda perangai macam Tan Sri Abu Jahal? Menentang tanpa banyak soal. Adakah anda mempunyai DNA Saudara Abu Bakar As-Siddiq? Menerima tanpa banyak soal. Ataupun anda ni sama macam sesetengah penduduk Mekah? Banyak tanya, golongan di atas pagar. Kalau tak percaya, terus murtad dan sebagainya. Jangan la jadik macam tu kan. Menerima setengah2, menolak setengah2.

Lagi sekali, no offence. Aku pun dah terasa banyak bila mana aku mendengar ayat2 macam tu. Insaf sekejap. Biasalah, aku ni insan yang tak sempurna. Insaf tang2 tu je. Bila start motor, lupa dah apa yang diperkatakan tadi. Jadi, tulisan ni sekadar ingat mengingati bila mana aku terlupa. Dan juga peringatan buat mereka2 yang sering terlupa.

Thursday 14 July 2011

Edisi Pengenalan

Assalamualaikum. 

Asalnya, pemilik blog ni dah lama meninggal dia punya minat.. Entah kenapa, atas rasa kebertanggungjawabannya terhadap apa yang berlaku di sekeliling menarik kembali minatnya dari alam Barzakh ke dunia nyata, semata2 untuk meneruskan kembali segala usaha yang telah dijalankan sebelum ini..

Jadinya, kepada2 pembaca2 yang rasa2nya kenal dengan penulis blog ini, harap dapat memahami segala apa sindiran dan teguran, bukan semata2 untuk menyedarkan orang lain, bahkan untuk diri sendiri. Ya, untuk diri sendiri jugak. Jadi, jangan nak terasa tak tentu pasal. Dan maaf, emosi mengganggu penulisan. 

Untuk pengenalan ni, cukuplah sekadar di sini. Lain kali, baca lagi. 

Pecah kaca pecah gelas;
Sudah baca harap jelas..
Bukan niat untuk semberono smash
Sekadar peringatan dari insan yang ikhlas..